Laman

September 19, 2010

KRI DEWARUCI


KRI Dewaruci merupakan sebuah kapal latihan milik tentera laut Indonesia.
KRI Dewaruci merupakan kapal layar barquentine sepanjang 191-kaki, yang melakukan pelayaran sulong dari Hamburg pada tahun 1953 dan digunakan sebagai kapal layar latihan bagi tentera laut Indonesia.
KRI Dewaruci digunakan bagi melatih taruna/kadet Akademi Angkatan Laut, TNI Angkatan Laut. Kapal ini ditempatkan di Surabaya dan merupakan kapal layar terbesar yang dimiliki Angkatan Laut Indonesia. Nama kapal ini diambil dari nama dewa dalam kisah Wayang Jawa, yaitu Dewaruci.
Kapal berukuran 58.5 meter dan lebar 9.5 meter dari kelas Barquentine ini dibina di Jerman oleh H. C. Stulchen dan merupakan satu-satunya kapal layar tiang tinggi keluaran limbungan kapal itu pada 1952 yang masih menggunakan layar dari tiga yang pernah dihasilkan. Pembuatan kapal ini dimulai pada tahun 1932, namun terhenti semasa Perang Dunia II kerana limbungan kapal rosak teruk. Kapal tersebut akhirnya selesai dibuat pada tahun 1952 dan dirasmikan pada tahun 1953.
Kapal ini memiliki 3 tiang utama yaitu tiang Bima, Yudhistira dan Arjuna serta memiliki 16 layar. Selain menggunakan layar, KRI Dewaruci juga menggunakan mesin sebagai alat gerak dengan satu kipas. Setiap tahunnya, kadet AAL berlayar dengan Dewaruci ke pelbagai bahagian dunia dengan tujuan utama adalah latihan pelayaran bintang atau disebut Kartika Jala Krida.
KRI Dewaruci juga sering mengikuti lumba kapal layar di berbagai tempat di dunia. Kapal ini juga memiliki pasukan pancaragamnya sendiri, iaitu taruna Akademi Angkatan Laut yang biasa dikenal dengan nama Gita Jala Taruna.
Type: Barquentin, 16 layar dengan luas total 1091 m2,
Tiang depan (35,25 m)
  1. Flying Jib,
  2. Outer Jib,
  3. Middle Jib,
  4. Inner Jib,
  5. Royal Sail,
  6. Top Gallant sail,
  7. Upper top sail,
  8. Lower top sail,
  9. Fore sail,
Tiang Utama (35,87 m)
  1. Main top gallant sail,
  2. Main top mast stay sail,
  3. Main stay sail,
  4. main top sail,
  5. Main sail,
Tiang akhir (32,50 m)
  1. Mizzen top sail,
  2. Mizze
Selain menggunakan layar, KRI Dewaruci juga menggunakan mesin 986 PK Diesel sebagai alat gerak dengan satu propeler berdaun 4. Kecepatan penuh 10,5 knot dengan mesin, 9 knot dengan layar.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar